Wednesday, October 21, 2009

Kuiz + Presentation

Kelas terakhir kami, kami perlu menjawab test yang terdiri daripada 5 bahagian yang mengandungi semua tajuk yang kami pelajari sepanjang semester. Test mengambil masa selama 1 jam sahaja.

Sejurus selepas kami test, kami perlu ,membentangkan paper work kami (not going smooth sbb kitorang xpenah wat paper work). Destinasi yang kami plan adalah Sg.Itik. Tempat yang menarik kerana terkenal dengan aktiviti2 rekreasi dan perkampungan asli. Tempat tersebut boleh dikatakan agak berpatutan tapi perjalanan dari Shah Alam ke Gopeng agak jauh so, perlu dipertimbangkan semula.

p/s: smoga rekreasi dpt A!!!!!

Praktikal Aktiviti Ikhtiar Hidup



Praktikal minggu ini, semua pelajar dikehendaki memasak sarapan pagi. Setiap pelajar masak di dalam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membawa bahan memasak sendiri. En.Muiz hanya menyediakan peralatan memasak. Kumpulan kami menggunak messtin dan dapur kecil (messtin kene pegang sndiri tuh)

Antara menu yang ada iala nasi goreng, roti with daging burger (could be Ramlee) dan scramble egg. And the greatest meal from us 'Roti Sambal Mak'.

p/s: ikhtiar hidup patutnyer asal mkn jer.. =)

High Rope : Abseiling


Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan rendah dengan menggunakan tali. Individu terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu, sebagai langkah keselamatan, belayer akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan seperti tergelongsor.


Bagi memastikan aktiviti berjalan lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja boleh digunakan.

Peralatan yang digunakan:

  • Tali Carmantle
  • Harness
  • Sling
  • Carabiner
  • Figure of eight
  • Helmet
  • Glove


Praktikal Pertandingan Orienteering

Praktikal orienteering dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Terdapat 3 kupulan dan setiap satu nya dianggotai 4 orang.
Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan landasan dan akan ditukarkan sesama sendiri.
setiap kumpulan diberi mas 15 minit untuk penyediaan landasan.

Praktikal orienteering mengambil masa lebih kuran 40minit. Kumpulan pertama yang sampai akan diberi markah 15 dan 13 dan 10 adalah seterusnya.

Tuesday, October 20, 2009

Teknik dan Taktikal Pertandingan Orienteering

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Jenis-jenis orienteerig:
  • Orienteering merentas desa
  • Orienteering bermarkah
  • Orienteering jalan raya
  • 'Orienteering bukit
  • Orienteering malam
  • Orienteering berganti-ganti
  • Norwegian Event
Terminologi dan Alatan
  • Titik kawalan: tanda kedudukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
  • Penanda kawalan: membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
  • Kad kawalan: catatan nama peserta, serta masa bermula dan tersedi petak-petak yang ditebuk apabila sampai dititik kawalan nanti.
  • Peta utama: peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
  • Keterangan kawalan: panduan titik-titik kawalan berkenaan.
  • Landasan: panduan arah perjalanan dari permulaan titk kawalan ke titk kawalan ynag lain hingga ke penamat.
  • Kompas: alat bantu kedua yang terpenting dalam sukan orienteering.
Anatomi kompas orienteering

Pada hari yang sama juga kami berpeluang untuk mereka landasan untuk orienteering dan berpeluang melakukan orienteering.

Praktikal First Aider (jecederaan sukan)

Praktikal ‘First Aider’ dimulakan dengan pemalut tanagan dan kaki. Dimana, pembalut segi tiga boleh digunakan untuk meneguhkan pembebat pada tanagn atau kaki walaupun pembalut jenis ini tidak dapat memberikan tekanan yang cukup bagi mengawal dan mencegah pendarahan.

Bagi pembalut kepala, pembalut segitiga belum berlipat digunakan untuk memegang pembebat yang ringan pada kepala walaupun ia tidak cukup kuat untuk member tekanan bagi mengawal dan mencegah pendarahan.

  1. Letakkan asas pembalut di atas tengah-tengah dahi mangsa supaya ia terletak di atas kening.
  2. Bawa kedua-dua hujung pembalut disekeliling kepala pada belakang telinga. Silangkan kedua-dua hujung pada titik pertemuan pembalut pada tengkuk.
  3. Bawa kedua-dua hujung pembalut ke depan dan ikat di tengah-tengah dahi dengan simpulan buku sila.
  4. Kemaskan pembalutan atas kepala dengan pin.

Praktikal ketiga adalah ‘Sling’. Sling boleh dibuat daripada pembalut segi tiga atau sebarang kain yang teguh yang berukuran satu meter persegi, dipotong atau dilipat. Terdapat dua jenis Sling iaitu; sling lengan dan sling pengangkat.

Sling Lengan


Sling Pengangkat


Monday, October 19, 2009

Ceramah Pengurusan Pertandingan

Ceramah diadakan dari jam 1.30 pg hingga 12tgh. Penceramah terlibat adalah penceramah dari pusat sukan iaitu En.Mustaza Ahmad. tajuk ceramah adalah mengenai pengurusan sukan.
En.Mustaza memulakan ceramah dengan menyampaikan pertandingan; pertarungan bersiri yang tersusun untuk menguju kemahiran. Selain itu, informasi yang deselitkan oleh penceramah adalah mengenai siapa ang terlibat dalam sesuatu pertandingan, tanggungjawab bagi setiap orang yang terlibat dalam pertandingan, keputusan yang perlu dilakukan, dan ciri2 yang perlu ditanya dan dijawab dalam pengurusan pertandingan.
Dalam mengurus pertandingan, peraturan kejohanan perlu ditetapkan. Kemudian, En.Mustaza memberi penerangan lanjut mengenai jenis2 sistem pertandingan.
keseluruhan ceramah nie xmembosankan tp org xramai.. ~_^

Monday, September 14, 2009

First Aid dan Kecederaan Dalam Sukan


Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah, ataupun semasa kemalangan kecil. Kecederaan berlaku selalunya disebabkan oleh latihan yang tidak sempurna dan alatan yang tidak sesuai. antara jenis-jenis kecederaan sukan termasuklah ketegangan dan kecederaan otot, kecederaan lutut, kebengkakan otot, kecederaan pada tendon Achilles, kesakitan pada tulang tibia, fraktur dan sendi yang beralih. Selain itu kecederaan sukan terbahagi kepada 2 iaitu akut dan kronik. Dalam keadaan uang genting pertolongan cemas adalah penting. Pertolongan cemas ialah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada orang yang tercedera sebelum ambulans atau mereka yang berkelayakan tiba atau di hantar ke hospital. Pertolongan cemas mampu membantu menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk serta membantu pemulihan. Peralatan asas pertolongan cemas ialah peti pertolongan cemas yang mengandungi plaster, paket 'gauze' gulungan kapas, pembalut segi tiga, pembalut bergulung, antiseptik, penyepit kecil, gunting dan pin serta ais.

Saturday, September 12, 2009

Praktikal Kayak dan Mini Ekspedisi Kayak


4 jam kelas. Semua ahli mempelajari cara untuk menyelamatkan orang yang terbalik dari kayak. Ada 2 cara menyelamatkan sama ada seorang ataupun dua orang. Di mana, orang yang menyelamatkan perlu membantu untuk mengeluarkan air dari kayak sebelum mangsa masuk semula ke dalam kayak. Selepas praktikatl menyelamatkan, kami melakukan mini ekspedisi kayak di Tasik Shah Alam. Akhir sekali kami belajar untuk bertukar kayak semasa di atas air. Di mana ia menguji ahli untuk seimbang di atas air.

Kayak


Hari pertama kayak di Tasik Shah Alam. Setiap ahli diminta membentangkan mengenai kayak yang dipelajari semasa semasa tahap 1. Antaranya ialah anatomi kayak dan fungsinya, jenis-jenis kayak dan sejarah awal kayak. Antara anatomi kayak ialah bow: bahagian hadapan kayak, stern: bahagian belakang kayak, cockpit: ruang tempat duduk, foot rest: tempat meletakkan kaki, deck:bahagian atas untuk melindungi kaki, seat: tempat duduk, toggle: tali untuk mengangkat kayak, coaming: bahagian tepi cockpit.

Perkembangan Serta Tanggungjawab Sebagai Ahli Rekreasi Serta Halangan Dalam Rekreasi

Kelas pertama, setiap ahli perlu mengutarakan pendapat menegenai tanggungjawab ahli rekreasi. Antaranya ialah menjaga alam sekitar semasa manjalankan aktiviti rekreasi, menjaga keselamatan ahli rekreasi, mengendalikan serta menjaga alatan rekreasi dan banyak lagi. Halangan dalam rekrerasi adalah perkara yang menghalang pelancaran atau perlaksanaan aktiviti rekreasi. Halangan utama dalam rekreasi ialah cuaca. Selain itu, halangan dalam rekreasi di antaranya ialah kemudahan serta kelancaran peralatan untuk melakukan rekreasi, kekangan masa, 100% komitmen dari setiap ahli dan banyak lagi.