Monday, September 14, 2009

First Aid dan Kecederaan Dalam Sukan


Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah, ataupun semasa kemalangan kecil. Kecederaan berlaku selalunya disebabkan oleh latihan yang tidak sempurna dan alatan yang tidak sesuai. antara jenis-jenis kecederaan sukan termasuklah ketegangan dan kecederaan otot, kecederaan lutut, kebengkakan otot, kecederaan pada tendon Achilles, kesakitan pada tulang tibia, fraktur dan sendi yang beralih. Selain itu kecederaan sukan terbahagi kepada 2 iaitu akut dan kronik. Dalam keadaan uang genting pertolongan cemas adalah penting. Pertolongan cemas ialah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada orang yang tercedera sebelum ambulans atau mereka yang berkelayakan tiba atau di hantar ke hospital. Pertolongan cemas mampu membantu menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk serta membantu pemulihan. Peralatan asas pertolongan cemas ialah peti pertolongan cemas yang mengandungi plaster, paket 'gauze' gulungan kapas, pembalut segi tiga, pembalut bergulung, antiseptik, penyepit kecil, gunting dan pin serta ais.

No comments:

Post a Comment