Monday, September 14, 2009

First Aid dan Kecederaan Dalam Sukan


Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah, ataupun semasa kemalangan kecil. Kecederaan berlaku selalunya disebabkan oleh latihan yang tidak sempurna dan alatan yang tidak sesuai. antara jenis-jenis kecederaan sukan termasuklah ketegangan dan kecederaan otot, kecederaan lutut, kebengkakan otot, kecederaan pada tendon Achilles, kesakitan pada tulang tibia, fraktur dan sendi yang beralih. Selain itu kecederaan sukan terbahagi kepada 2 iaitu akut dan kronik. Dalam keadaan uang genting pertolongan cemas adalah penting. Pertolongan cemas ialah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada orang yang tercedera sebelum ambulans atau mereka yang berkelayakan tiba atau di hantar ke hospital. Pertolongan cemas mampu membantu menyelamatkan nyawa, mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk serta membantu pemulihan. Peralatan asas pertolongan cemas ialah peti pertolongan cemas yang mengandungi plaster, paket 'gauze' gulungan kapas, pembalut segi tiga, pembalut bergulung, antiseptik, penyepit kecil, gunting dan pin serta ais.

Saturday, September 12, 2009

Praktikal Kayak dan Mini Ekspedisi Kayak


4 jam kelas. Semua ahli mempelajari cara untuk menyelamatkan orang yang terbalik dari kayak. Ada 2 cara menyelamatkan sama ada seorang ataupun dua orang. Di mana, orang yang menyelamatkan perlu membantu untuk mengeluarkan air dari kayak sebelum mangsa masuk semula ke dalam kayak. Selepas praktikatl menyelamatkan, kami melakukan mini ekspedisi kayak di Tasik Shah Alam. Akhir sekali kami belajar untuk bertukar kayak semasa di atas air. Di mana ia menguji ahli untuk seimbang di atas air.

Kayak


Hari pertama kayak di Tasik Shah Alam. Setiap ahli diminta membentangkan mengenai kayak yang dipelajari semasa semasa tahap 1. Antaranya ialah anatomi kayak dan fungsinya, jenis-jenis kayak dan sejarah awal kayak. Antara anatomi kayak ialah bow: bahagian hadapan kayak, stern: bahagian belakang kayak, cockpit: ruang tempat duduk, foot rest: tempat meletakkan kaki, deck:bahagian atas untuk melindungi kaki, seat: tempat duduk, toggle: tali untuk mengangkat kayak, coaming: bahagian tepi cockpit.

Perkembangan Serta Tanggungjawab Sebagai Ahli Rekreasi Serta Halangan Dalam Rekreasi

Kelas pertama, setiap ahli perlu mengutarakan pendapat menegenai tanggungjawab ahli rekreasi. Antaranya ialah menjaga alam sekitar semasa manjalankan aktiviti rekreasi, menjaga keselamatan ahli rekreasi, mengendalikan serta menjaga alatan rekreasi dan banyak lagi. Halangan dalam rekrerasi adalah perkara yang menghalang pelancaran atau perlaksanaan aktiviti rekreasi. Halangan utama dalam rekreasi ialah cuaca. Selain itu, halangan dalam rekreasi di antaranya ialah kemudahan serta kelancaran peralatan untuk melakukan rekreasi, kekangan masa, 100% komitmen dari setiap ahli dan banyak lagi.